Thursday, 9 August 2012

LAWATAN PENANDA ARAS SK PARIT BAKAR TENGAH

Satu Lawatan Penanda Aras dari SK Parit Bakar Tengah, Muar telah berlangsung pada 9 Ogos 2012. Lawatan ini telah melibatkan lebih 10 orang guru sekolah berkenaan. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi maklumat serta mencari idea dalam mewujudkan bilik PPDa di sekolah terbabit.








Monday, 27 February 2012

PELANCARAN SKUAD PRIHATIN PPDa SKPJ

Skuad Prihatin PPDa SKPJ telah dilancarkan pada 27 Februari 2012. Skuad ini telah dilancarkan oleh En Sasidaran a/l Govindan, Penolong Pegawai PPD Muar.




CERAMAH SEMPENA MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Ceramah anti dadah peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Feb 2012 yang disampaikan oleh Pegawai dari Polis DiRaja Malaysia.





Wednesday, 21 September 2011

PROGRAM KAYUHAN SIHAT TANPA DADAH

Program ini telah diadakan pada 21 September 2011 (Rabu) bertempat di Sek Keb Parit Jawa. Program ini telah melibatkan semua guru dan murid.




Tuesday, 20 September 2011

MAJLIS PERASMIAN BILIK PPDa

Majlis perasmian Bilik PPDa telah diadakan pada 20 September 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Afandi bin Salleh , Penolong Pegawai PPD Muar.










Wednesday, 14 September 2011

BACAAN IKRAR SEMPENA MINGGU ANTI DADAH

Sempena Minggu Anti Dadah, satu majlis bacaan ikrar telah diadakan yang melibatkan semua guru dan murid SK Parit Jawa. Ikrar ini adalah sebagai akujanji warga sekolah SKPJ, supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dimana umum telah mengetahui kesan pengambilan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 













Monday, 23 August 2010

SESI PdP PENDIDIKAN KHAS DI BILIK PPDa

Bilik PPDa SK Parit Jawa dibuka setiap hari persekolahan. Pelajar dan guru dibenarkan masuk untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Di dalam Bilik PPDa, terdapat banyak sudut yang berguna berkaitan dengan dadah. Pelajar boleh manfaatkan sudut berkenaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dadah.